Mukhtar Tleuberdi telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri Republik Kazakhstan

NUR-SULTAN, 18 September 2019 - Mukhtar Tleuberdi telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri Republik Kazakhstan oleh dekri Presiden Republik Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev.

MUKHTAR TILEUBERDI

Mukhtar Tileuberdi lahir pada 30 Jun 1968. Beliau berkelulusan dari Fakulti Falsafah dan Ekonomi Universiti S. Kirov Kazakh di Almaty, beliau telah menamatkan latihannya di Institut pengajian Asia dan Afrika di Universiti Lomonosov Moscow dan Universiti Institusi Bahasa Yonsei (Republik Korea). Beliau boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Korea. 

Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja di Jabatan sejarah falsafah dan Philologi Cina di Universiti Al-Farabi Kazakhstan.

M. Tileuberdi berkhidmat sebagai pegawai diplomatik Republik Kazakhstan di MFA pada tahun 1993 sebagai attaché. Semasa kerjayanya di Kementerian, beliau bertugas sebagai Setiausaha ketiga di Bahagian Asia, Setiausaha pertama di Jabatan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Ketua Bahagian di Jabatan kerjasama dua hala. Beliau bekhidmat di luar negara sebagai Setiausaha kedua Kedutaan Republik Kazakhstan di Republik Korea dan kaunselor Kedutaan Kazakhstan di Negera Israel.  

Beliau berkhidmat sebagai Penasihat kepada Setiausaha Negara di pentadbiran Presiden Republik Kazakhstan. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Pada tahun 2004, M. Tileuberdi dilantik sebagai perwakilan Duta Republik Kazakhstan di Malaysia dan sejak 2005, dengan akreditasi serentak di Republik Indonesia, Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai perwakilan Duta Besar Republik Kazakhstan di Persekutuan Switzerland dengan akreditasi serentak kepada Principality Liechtenstein, Negeri Kota Vatican, serta yang perwakilan tetap Republik Kazakhstan di pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa yang lain di Geneva. Pada tahun 2015, beliau telah diiktiraf sebagai Duta besar Republik Kazakhstan dengan akreditasi serentak kepada perintah Hospitaller tentera berdaulat St John Baitulmuqaddis dari Rhodes dan Malta.

Dari 2016 hingga 2019, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri yang pertama.

Pada 18 September 2019, dengan dekri Presiden Kazakhstan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

Beliau dianugerahkan dengan pingat "Perkerja Cemerlang" (2014) dan pingat anugerah tahunan yang lain serta Surat berkenan Presiden Republik Kazakhstan pada tahun (2003, 2010).

Menteri Tileuberdi memegang pangkat diplomatik perwakilan Duta Besar.

Created at : 18.09.2019, 23:00, Updated at : 18.09.2019, 23:00