Presiden Kassym-Jomart Tokayev bertemu dengan Che Jun, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Zhejiang Parti Komunis China

Republik Rakyat China, Hangzhou

Presiden Kazakhstan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Wilayah Zhejiang bagi sambutan mesra dan mengambil maklum perkembangan yang dinamik Republik Rakyat China.

Kassym-Jomart Tokayev menekankan bahawa hubungan antara negara kita telah mencapai tahap perkongsian yang strategik, yang akan menerima satu dorongan yang baharu melalui Perjanjian yang dicapai ketika lawatan negeri ini.

"Perkongsian strategik, yang hakikatnya, adalah berterusan, melibatkan pelbagai bidang kerjasama bersama. Kami meneruskan kerja/usaha yang dimulakan oleh Presiden pertama kami Nursultan Nazarbayev dan pemimpin Cina. Kami akan bekerjasama dalam ekonomi, politik, termasuk isu keselamatan serantau, serta dalam bidang kebudayaan dan kemanusiaan," tegas Ketua negara.

Kassym-Jomart Tokayev meletakan pencapaian China sebagai mengagumkan dalam ekonomi digital dan menyatakan bahawa beliau sengaja memilih Wilayah Zhejiang sebagai titik lawatannya untuk mengadakan persahabatan bersama dengan amalan terbaik.

"Hangzhou terkenal sebagai tempat kebudayaan Cina. Hari ini, Bandar ini telah menjadi salah satu pusat berteknologi tinggi dunia, di mana syarikat terbesar turut mengusahakan perniagaan mereka di sini.  Di Bandar ini, Ketua Negara China, Xi Jinpng pernah bekerja/berhasil, memupuk dan melaksanakan idea-idea yang berjaya di sini.” kata Presiden Kazakhstan.

Seterusnya, Che Jun memaklumkan kesediaan wilayah ini untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan budaya dengan Kazakhstan.


Created at : 12.09.2019, 18:00, Updated at : 12.09.2019, 18:00