HUBUNGAN ANTARA KAZAKHSTAN DAN MALAYSIA

Malaysia telah mengiktiraf kebebasan Republik Kazakhstan pada 31 Disember 1991. Hubungan diplomatik dua hala antara Kazakhstan dan Malaysia telah ditubuhkan pada 16 Mac 1992.

Kedutaan Besar Republik Kazakhstan di Kuala Lumpur dibuka pada tahun 1996. Pada 9 Mei 2019, Presiden Bolat IMANBAYEV telah dilantik sebagai Duta Besar Kazakhstan di Malaysia.

Sejak 10 Disember 2012, Tunku Nuriddin Shahabuddin telah melaksanakan tugas-tugas sebagai Konsul kehormat dari Kazakhstan ke Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Kazakhstan telah dibuka pada tahun 1996. Sejak 21 Februari 2017, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman bertindak sebagai Duta Besar Malaysia di Astana.

Kerjasama Politik

Lawatan-lawatan Terawal:

25-29 Mei 1996 – Lawatan Rasmi Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev ke Malaysia.

18-20 Julai 1996 – Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed ke Kazakhstan.

Disember 1996 – Lawatan kerja Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev ke Malaysia

11-14 September 2003 – Lawatan Negeri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ke Kazakhstan

5-7 Jun 2011 – Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ke Kazakhstan.

17-18 April 2012 – Lawatan Negeri Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev ke Malaysia

22-24 Mei 2014 – Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ke Kazakhstan; program lawatan ini termasuk penyertaan Perdana Menteri dalam Forum Ekonomi Astana VII dan Persidangan Anti Krisis Dunia II.

Lawatan itu memuncak dalam penerimapakaian Penyataan bersama Republik Kazakhstan dan Malaysia, yang diumumkan dalam satu persetujuan bagi mempromosikan hubungan dua hala ke tahap “Perkongsian Komprehensif". Selain itu, lawatan tersebut diadakan dengan menandatangani beberapa MOU dalam pelbagai bidang yang berjumlah 1 biliion USD.

29-31 July 2015 – Perdana Menteri Kazakhstan Encik K.Masimov melawat Malaysia dalam rangka kerja pernyertaan sesi ke-128 Jawatankusa Olimpik Antarabangsa.

Lawatan-lawatan Utama:

18-20 Mei 2011 – Lawatan rasmi Menteri Luar Negeri Malaysia Dato' 'Sri Anifah Aman ke Kazakhstan

28-30 Jun 2011 – Dato' Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah menghadiri ke Majlis menteri-menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ke 38th di Astana.

21-23 Mei 2012 – Dato' Sri Dr. Ng Yen, Menteri Pelancongan Malaysia telah menghadiri ke forum Ekonomi Astana yang ke-6.

20-23 April 2015 – Lawatan ke Kazakhstan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

24-27 April 2015 – Lawatan Tan Sri Abdul Azizi Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) ke Astana sebagai pemerhati antarabangsa bagi pemilihan awal pilihan raya presiden Kazakhstan.

12 Mei 2015 – Lawatan Timbalan Menteri Luar Negeri dan Duta Khas Presiden Kazakhstan adalah untuk mempromosikan tawaran kepada keanggotaan tidak tetap Kazakhstan di Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Askar Mussinov pada tahun 2017 dan 2018 di Kuala Lumpur.

27-31 Ogos 2015 – Lawatan Ketua Hakim Negara Rt. Hon. Tun Arifin bin Zakaria ke Astana.

23-26 Februari 2016 – Lawatan Datuk Loo Gee, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Sumber air Malaysia, Pesuruhjaya Seksyen Kebangsaan.

14-18 Mac 2016 – Lawatan Timbalan Menteri Pertanian Republik Kazakhstan Encik E.Kusherbayev ke Malaysia.

19-21 Mac 2016 – Lawatan Encik Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi menyertai pemilihan awal Majlis Parlimen Kazakhstan sebagai pemerhati bebas.

3-5 April 2016 – Lawatan Pesuruhjaya, R.Zhoshybaev ke Malaysia di (EXPO 2017).

23-26 Mei 2016 – Lawatan Peguam Negara Malaysia Encik M. Apandi ke Kazakhstan

18 Ogos 2016 – Lawatan Ketua JSC (Samruk Kazyna) Encik U. Shukeev ke Kuala Lumpur

25-28 September 2016 – Lawatan Gabenor (AIFC) K.Kelimbetov untuk mengkaji rangka kerja pengawalseliaan dan undang-udang bagi mengawal selia aktiviti-aktiviti institusi kewangan Islam serta mengembangkan kerjasama dengan peserta-peserta dan pengawalselia- pengawalselia pasaran kewangan negara-negara rakan kongsi, pemimpin- pemimpin antarabangsa dalam bidang Kewangan Islam.

26-27 September 2016 – Lawatan antara Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Encik Abu Bakar bin Mohamad Diah, dalam forum Parlimen antara Sains, Teknologi dan Inovasi Asia.

23-26 Februari 2017 – Lawatan ke Astana antara Setiausaha Agung Kementerian Tenaga dan Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Encik Z. Ujang dan Pesuruhjaya Pavillion Nasional Malaysia.

19-23 March 2017 – Lawatan kerja Timbalan Menteri Pertahanan dan Industri Aeroangkasa Republik Kazakhstan Encik Marat Nurguzhin telah mengambil bahagian dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Angkasa Pertahanan Antarabangsa ke-14 (LIMA 2017) di Pulau Langkawi.

9-13 June 2017 – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Sumber Air Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili mengambil bahagian dalam Persidangan Menteri dan Forum Antarabangsa yang ke VII tentang kekalan Tenaga Pembangunan di Astana.

6-11 September 2017 – Lawatan kerja Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ke Astana untuk menghadiri Sidang Kemuncak OIC Pertama mengenai Sains dan Teknologi.

On 15-18 April 2018 - Menteri Pertahanan dan Industri Aeroangkasa di Republik Kazakhstan Encik Beibut Atamkulov dan Timbalan Menteri Pertahanan Republik Kazakhstan Encik Talgat Mukhtarov melakukan lawatan kerja ke Malaysia.

10-11 October 2018 – Menteri Perpanduan Negara dan Welbeing Sosial Malaysia Waytha Moorthy Ponnusamy mengambil bahagian dalam Kongres keenam (6) pemimpin Dunia dan Agama Tradisional di Astana.

Kerjasama Antara Parlimen

14-16 October 2013 – Delegasi parlimen Malaysia yang diketuai oleh Presiden Dewan Negara (Senat) Tan Sri Abu Zahar Ujang telah membuat lawatan rasmi ke Kazakhstan.

Kerjasama Antara Parti

Penyertaan Perwakilan tinggi parti “Nur Otan" sebagai tetamu antarabangsa di Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

6-7 Disember 2017 – Setiausaha Parti Nur Otan, Kanybek Zhumashev mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Parti UMNO di Kuala Lumpur.

Rundingan Antara Pihak Luar Negari

Pada 28-30 Jun 2011, Menteri Luar Negeri bagi kedua-dua negara telah mengadakan rundingan politik yang pertama.

Pada 13 Jun 2017, rundingan politik antara MFA telah diadakan di peringkat Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Kazakhstan, Akylbek Kamaldinov dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia, Datuk Sri Ramlan bin Ibrahim.

Kerjasama Antarabangsa

Kazakhstan dan Malaysia berkongsi pendekatan yang serupa dengan isu-isu semasa dalam hubungan antarabangsa, antaranya adalah (Memerangi Keganasan Antarabangsa dan Akstrmisme, Dialog antara dunia Islam dan Barat, Mewujudkan sistem Perdagangan dan Pelaburan yang adil untuk negara – negara membangun, dan sebagainya)

Astana dan Kuala Lumpur berdiri untuk pembaharuan PBB dan dalam memperkembangkan keahlian Majilis Keselamatan, serta secara aktif berkerjasama dalam OIC, CICA (Malaysia adalah pemerhati negara kepada CICA), dalam Dialog Kerjasama Asia.

Pada tahun 2006, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengambil bahagian dalam Kongres Pemimpin-pemimpin Dunia dan Tradisi Agama yang Ke-2. Pada 10-11 Jun 2015, Kongres yang ke-5 telah dihadiri oleh Dato 'Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates (GMM).

Created at : 30.03.2017, 15:20, Updated at : 31.03.2017, 15:20