Kerjasama Ekonomi Antara Kazakhstan Dan Malaysia

Kerjasama Perdagangan Dan Ekonomi:

Dalam pelaburan langsung asing (FDI) dari Malaysia ke Republik Kazakhstan untuk tempoh 9 bulan pada tahun 2018 berjumlah 2.6 juta dollar. Pelaburan utamanya adalah daripada sector minyak dan gas, serta pembinaan dan infrastuktur.

Perolehan Dagangan: Pada tahun 2018, sebanyak 478 juta USD datang dari pendadangan antara dua hala. 73% perdadangan dua hala adalah ($351.7 juta) datang dari sumbangan dari eksport barangan Kazakhstani, manakala 27% ($126.1 Juta) adalah barangan import dari Malaysia.

Struktur Eksport Kazakhstan: Minyak Mentah, Produk dari Logam Ferus, Instrumen Geodetic dan alatan pengukuran, serta kelengkapan paip.

Struktur import Kazakhstan: Minyak kelapa sawit, Pelincir, Produk Getah, Pakaian, Perabot, Barangan Elektrik dan Elektronik, Peralatan Elektrik dan alat ganti.

Rangka Kerja untuk mempromosikan kerjasama perdadangan dan ekonomi dua hala:

Selaras dengan Perjanjian Perdadangan antara Kerajaan Kazakhstan dan Malaysia, jawatankuasa perdadangan dan ekonomi (JTEC) telah ditubuhkan dan ditandatangani pada 27 Mei 1996. Majlis tandatangani JTEC tersebut dipengerusi oleh Menteri Pembangunan Digital, Industri Pertahanan dan Aeroangkasa (MOAP) Republik Kazakhstan A.Zhumagaliyev, manakala bagi pihak Malaysia ialah Menteri Perdadangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Sidang pertama Jawatankuasa ini diadakan adalah pada November 1998 di Kuala Lumpur, manakala pada kali ke-2 adalah di Astana pada bulan November 2012. Pada 4 Mei 2017, Mesyuarat ke-3 JTEC telah di adakan di Kuala Lumpur.

Lawatan Negeri Presiden Republik Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ke Malaysia pada 17-18 April 2012, lebih menekankan tentang menandatangani Perjanjian “Majlis Perniagaan Malaysia Bersama Negara Kazakhstan”. Pengerusi bersama BC dari wakil Kazakh adalah Pengerusi Lembaga Pengarah BEKKER dan K LLP, serta Saryarka ENERGY LLP, Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa B. Seksenbaev dan dari wakil Malaysia Datuk Loo Took Gee, Pengarah Bebas Bukan Esekutif Media Prima (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air, KeTTHA)

Mesyuarat Perasmian Majlis Perniagaan Malaysia (MKBC) telah dilangsungkan pada 30 Oktober 2018 di Almaty, bandaraya terbesar dan juga bekas ibu kota Kazakhstan. Pada mesyuarat tersebut, pelbagai pihak berkenaan telah menandatangani Memorandum Persefahaman antara MKBC dan Ahli Dewan Perdadangan Antarabangsa Kazakhstan, (Kazakh Invest) Syarikat Negara (JSC), Pusat

Kewangan Antarabangsa Astana dengan Syarikat perundingan dalam bidang Kewangan Islam (Amanie Advisor), (Pelancongan Kazakh) Syarikat Negara JSC dengan (Persatuan Pelancongan Malaysia (MATTA), Sistem Penyelidikan dan Inovasi Nazarbayev BERSAMA AccoBiotech Sdn. Bhd.

Kerjasama Dalam Bidang Tenaga

Di dalam rangka lawatan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ke Kazakhstan pada 22 Mei 2014, satu perjanjian mengenai pembinaan kilang untuk pengeluran methanol dan gas asli cecair telah ditandatangani antara “Akimat Rantau Mangystau”, syarikat-syarikat “Markmore Energy Labuan Limited” dan “Kenmakmur Holding Sdn. Bhd.”

Pada September 2016, Syarikat kejuruteraan (Hadid) ke Atyrau telah mengadakan hari pembukaan pejabat perwakilan perusahaan untuk mempeluaskan aktiviti syarikat di rantau ini, dan melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan kepada bakal pelabur di negara Kazakhstan.

Syarikat-syarikat Minyak dan Gas Malaysia kerap mengambil bahagian dalam Pameran dan Persidangan minyak tahunan anatarabangsa Kazakhstan (KIOGE, Almaty).

Sebagai penghormatan kepada perayaan ulang tahun ke-20 Astana, salah satu syarikat Malaysia terkemuka dalam bidang Teknologi Hijau (ITRAMAS Technology Sdn. Bhd.) berbesar hati dan bersetuju untuk membekalkan 100-unit lampu LED ke Bandar Astana.

Kerjasama Dalam Bidang Pertanian:

Syarikat Malaysia (Agrostan Farms Sdn. Bhd), membincangkan tentang projek penciptaan kompleks ternakan di rantau Zhambyl.

Kerjasama Dalam Bidang Perbankan Dan Kewangan:

Pada 4 Julai 2012, JSC “Bank Pembangunan Kazakhstan” berjaya meletakkan penempatan pertama bon islam (Sukuk Al-Murabaha) dengan jumlah sebanyak 240 juta Ringgit Malaysia.

Pada 12-14 Januari 2015, Delegasi Bank Islam Malaysia terbesar (Islamic Maybank) telah melawat negara Kazakhstan. Pada mesyuarat dengan kepimpinan Bank Negara, Kementerian Ekonomi Negara, serta beberapa bank peringkat kedua Kazakhstan, satu perbincangan tentang isu-isu kerjasama dalam

Bidang perbankan Islam dan prospek penempatan bon sukuk bebas telah di laksanakan.

Pada 5 Februari 2015, Islamic Maybank telah menganjurkan satu pembentangan mengenai asas pembiayaan sukuk untuk kakitangan Bank Negara Kazakhstan dan Kementerian Kewangan Kazakhstan di Astana.

Pada 20 Mac 2015, Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani ketika menghadiri satu latihan kewangan Islam di Astana antara Institut ekonomi Kementerian Pendidikan dan Sains Republik Kazakhstan dan sebuah organisasi pendidikan Antarabangsa, “Agensi Akreditasi Kewangan” (yang diwujudkan di bawah Bank Negara Malaysia).

Pada 31 Oktober 2015, Naib Presiden Kanan “Maybank Islamic” Encik Mohamad Arshad telah membuat lawatan kerja ke Astana. Semasa lawatan tersebut, satu mesyuarat telah diadakan bersama Perdana Menteri Republik Kazakhstan, Encik K.Massimov.

25 September 2016, Satu lawatan oleh Gabenor (AIFC) K.Kelimbetov, untuk mengkaji rangka kerja pengawalseliaan dan perundangan untuk mengawal rapi aktiviti institusi kewangan Islam serta memperluaskan kerjasama dengan peserta dan rakan kongsi pegawai pasaran kewangan negara dan pemimpin antarabangsa dalam bidang Kewangan Islam.

Pada 21-22 November 2017 - Delegasi Republik Kazakhstan yang diketuai oleh Gabenor AIFC K.Kelimbetov telah mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIFE) di Kuching, Sarawak.

Pada 17-19 Mei 2018, Ketua Pegawai Esekutif (PEMANDU) Dato' Sri Idris Jala telah menyertai satu Forum Ekonomi yang ke-XI di Astana. Semasa forum tersebut diadakan, pihak Malaysia telah mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Republik Kazakhstan, B.Sagintayev dan ahli-ahli kerajaan lain bersama Pengurus AIFC, K. Kelimbetov.

Pada 3-5 Julai 2018, Wakil-wakil Perbadanan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan syarikat-syarikat Amanie Group, serta Pengerusan Aset Islam Nomura, Islamic Maybank, dan Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) telah mengambil bahagian dalam satu Persidangan Antarabangsa, iaitu "Astana Finance Days".

Kerjasama Dalam Bidang Pembinaan Dan Pembangunan Infrastruktur:

Pada Januari - Mei 2014, dalam rangka lawatan ke Astana, delegasi Majlis Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dalam bidang pertukaran maklumat dengan JSC Investment Agency (KAZNEX INVEST).

Pada 7 Januari 2015, Delegasi JSC NC (KazAztoZhol) telah membuat satu lawatan ke Kuala Lumpur untuk mengkaji perkembangan pembangunan sistem lebuh raya berkelajuan tinggi Malaysia serta membincangkan prospek untuk menggunakan teknologi yang sesuai di Republic Kazakhstan.

Pada 28 November - 1 Disember 2016, satu pembentangan berkenaan peluang pengangkutan logistik Kazakhstan di antara Kazakhstan dan China terminal di pelabuhan Lianyungang, telah diambil alih oleh wakil syarikat multimodal JSC “KTZ Express” bagi pengeksportan dan pengangkutan syarikat tempatan termuka.

Kerjasama Dalam Bidang Pembangunan Teknologi Dan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi:

Pada 6 April 2015, Delegasi Kazakh yang terdiri daripada wakil-wakil badan negara, pusat penyelidikan dan universiti-universiti Kazakhstan, telah mengambil bahagian dalam satu seminar latihan mengenai “Pengkomersilan Perkembangan Teknologi” yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

Pada 19-21 September 2016 – Lawatan Pengarah Eksekutif D. Wesley dan Pengurus Pemasaran L.Chuy dari filem “Aladdin” telah mengadakan satu mesyuarat dengan pimpinan Jabatan bagi pihak Pembangunan Aktiviti Perdadangan Antarabangsa Kementerian Tenaga Republik Kazakhstan, Jabatan Pengawasan Teknikal Kementerian Luar Negeri Republik Kazakhstan dan Institut Negara Penyelidikan Pembangunan, bagi melaksanakan pertukaran maklumat dan perbincangan isu kerjasama dalam rangka kerja filem Aladdin di Kazakhstan.

Pada 5 Oktober 2016, Dengan bantuan dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Sumber Air Malaysia (KeTTHA), pihak Kazakhstan telah menganjurkan satu pameran Teknologi Hijau Antarabangsa di “IGEM Expo 2017”, Kuala Lumpur.

Kerjasama dalam Bidang Pengangkutan:

Sejak Oktober 2009, pengangkutan udara nasional Kazakhstan “Air Astana” melakukan penerbangan tetap (tiga kali seminggu) iaitu dari Almaty ke, Kuala Lumpur ke Almaty.

Pada 25-26 Dis 2014 di Amaty, rundingan antara pihak berkuasa penerbangan Kazakhstan dan Malaysia diadakan atas dasar Memorandum Persefahaman antara kedua-dua belah pihak bagi

meningkatkan kekerapan penerbangan lima (5) kali seminggu bagi penumpang biasa antara Almaty dan Kuala Lumpur.

Pada 14 Disember 2016, Pembentangan syarikat penerbangan baru serantau, “Air Astana” di Asia Tenggara telah diadakan. Majlis pembukaan telah dihadiri oleh agensi-agensi terkemuka dalam bidang pengangkutan udara, serta wakil-wakil dari media Malaysia.

Created at : 30.03.2017, 15:45, Updated at : 31.03.2017, 15:45